Coretan Potret Kejayaan MBPK SMK Raja Muda Musa
Muhammad Nor Shahrin bin Mohd Ajis
Arif Haziq bin Halim
Mohammad Afiq Zharfan bin Subahar
Muhammad Nor Shahrizan bin Mohd Ajis
GalERI KARNIVAL PENDIDIKAN KHAS- Latihan & hari pertandingan
Karnival Pendidikan Khas Daerah Kuala Selangor telah berlangsung pada 27 September 2022 di Selangor Technical Skills Development Centre (STDC). PPKI SMKRMM telah menyertai 5 acara daripada 6 acara yang dipertandingkan di peringkat sekolah menengah. Lakaran kejayaan MBPK SMK Raja Muda terukir indah apabila dinobatkan sebagai Johan bagi Acara Lipatan Tanjak bertemakan Pahlawan dan Peragaan. Bagi Gubahan Tembikai dan Gubahan Lipatan Tuala, mbpk SMK Raja Muda Musa telah merangkul tempat ketiga. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta dan guru pengiring. Moga karnival ini menjadi madah anak-anak ppki SMKRMM merealisasikan daya kreativiti yang tinggi, meningkatkan kemampuan diri mereka untuk bersaing secara sihat dan berupaya berdikari dalam menangani cabaran.
DISTICT IT CHALLENGE (DITC) FOR YOUTH DISABILITIES
Pada 1 dan 2 September 2022, District IT Challenge (DITC) For Youth Disabilities telah diadakan secara atas talian. Syukur ke hadrat Ilahi, mbpk daripada SMK Raja Muda Musa Muhammad Nor Shahrin bin Mohd Ajis telah berjaya menjadi Johan Daerah Kuala Selangor bagi kategori masalah pembelajaran manakala Adam Sufyan bin Ridzuwan telah berjaya mendapat tempat ke empat.
Pada 8 hingga 11 Ogos 2022 telah berlangsung Kejohanan Olahraga dan Balapan Pendidikan Khas Negeri Selangor di Stadium Mini KPM Subang Jaya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Muhammad Haikal bin Azmi peserta daripada PPKI SMK Raja Muda kerana telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam acara 100 m.
Pada 5 Oktober 2022, tiga orang pegawai berkunjung ke PPKI SMK Raja Muda Musa yang terdiri daripada Puan Fauziah binti Mat ( Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Khas, Bahagian Pembangunan Kurikulum), Cik Nursyazana binti Zakaria (Penolong Pengarah, Unit Ketidakupayaan Pendengaran, SPKhas BPK) dan Puan Nor Hasnizam binti Parman (Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Khas).Program kunjung bimbing bertujuan memberi taklimat kepada pihak pengurusan sekolah dan semua guru Pendidikan Khas SMK Raja Muda Musa berkaitan Projek Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia (SKM), Program Modular Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK).