PROGRAM PENDIDIKAN INSKLUSIF (PPI)
» PROJEK USAHASAMA CENDAWAN TIRAM PPKI DAN PANITIA PERTANIAN
PROJEK PENANAMAN CENDAWAN TIRAM
PENGENALAN: Pembelajaran Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa (Abdul Rahim Selamat, 1994). Dalam erti kata lain, pendidikan ini melibatkan pelajar-pelajar berkeperluan khas di dalam aktiviti yang sama dilakukan oleh pelajar arus perdana di mana bantuan yang sesuai kepada mereka diberikan bagi membolehkan mereka mengikuti aktiviti di luar waktu pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka (Kamariah Jalil, 1995).
Bertepatan dengan hasrat
itu, Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) dengan kerjasama Unit Pertanian
SMK Raja Muda Musa telah merancang suatu aktiviti Penanaman Cendawan Tiram yang
akan dikendalikan oleh Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) bersama
pelajar pertanian.
OBJEKTIF:
v Membina minat pelajar terhadap bidang pertanian.
v Memberi
pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan kelestarian hijau.
v Mededahkan
kepada pelajar penggunaan teknologi moden dalam pertanian.
v Memupuk
minat pelajar terhadap bidang keusahawanan.
v Meningkatkan
keupayaan dan keyakinan diri pelajar.
v Meningkatkan semangat kerjasama antara pelajar MBK dan pelajar arus perdana.
KUMPULAN SASAR: Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dan pelajar pertanian SMK Raja Muda Musa.
Akhir kata,besar harapan agar program ini dapat mencapai matlamat Program Inklusif iaitu meningkatkan penerimaan dan kesedaran pelajar tentang kepelbagaian keupayaan MBPK di samping membantu membina keyakinan MBPK agar potensi yang optimum dapat tercapai.